Showing posts with label Minat Aku. Show all posts
Showing posts with label Minat Aku. Show all posts

26 December 2012

My Life : Books and Me

Dalam hati aku sering bertanya '' Bila aku nak update blog ni , kalau pergi sekolah tak update jugak , Aku memang bukan blogger yang baik '' And now ! Alhamdulillah, today aku boleh share sedikir memory dalam kehidupan aku before menjalani kehidupan pada tahun 2013. Nak share pun bukannya all memories 2012 but countdown 2013, i mean aktiviti aku sebelum menjelang 2013  :)

Before that, aku nak share kat korang abaout my homework, my awesome homework and my danger homework. Sebenarnya semuanya sama, seronok seronok belaka aku belajar. Otak aku jadi awesome gitu, tak karat walaupun  cuti sekolah kan ? :) Bertimbun plus berlana (banyak) kerja sekolah walaupun just 3 subjek ! '' 3 subjek nak kecoh ? '' '' Ya Allah ! Senangnya korang sindir aku kan? Banyak lol XD
Homework time sentiasa akan ada dalam rutin harian aku. Maklumlah pelajar dengan homework mana boleh dipisahkan ye dak ? Sentiasa dengan homework adalah ruitn harian insan bernama pelajar seperti saya. Happy nya bila ada homework, rasa bahagia dunia akhirat ! Ingat ! Ilmu itu penting dalam kehidupan kita tak kira ilmu akhirat mahupun dunia. Sebab ? 

Cuba kita ambil satu contoh iaitu rukun islam yang ke 5 iaitu menunaikan haji kan, Kalau nak pergi haji amat amat memerlukan kewangan kerana syaratnya bagi yang mampu. So ? Untuk mendapatkan kewangan yang cukup, mesti ada kerja and sebelum ada kerja mesti ada ilmu dunia kan ? So, ilmu dunia dan akhirat mesti kita imbangkan. Ilmu akhirat dalam bab haji adalah mengenai rukun rukun haji. Kalau tak tahu ? Macam mana nak laksanakan dengan sempurna kan? So, fikirkanlah ! 

Gambar hiasan ( ma & abah )
One more, aku nak selitkan mengenai insan tersayang iaitu Ibu bapa, keluarga, guru guru, saudara mara, kawan kawan and alls lah ! Kalau kita berjaya di dunia ni, Of course kita telah membahagiakan semua senarai insan tersayang kan ?  Kecuali ! HATERS kita, orang yang membenci kita sebab sure lah diorang tak suka tengok kita senang kan ! Harap harap kita jalani kehidupan ni tanpa musuh di sekeliling. BTW tetap ada tau iaitu makhluks Allah bernama Syaitan Laknatullah :')

Sebelum aku menutupkan entry ini, nak share satu lagi kenangan aku iaitu time aku form three dolu dolu, Bukan nak cerita pengalaman, nak cerita kenangan ! Sebelum aku cerita panjang lebar, aku nak tunjuk gambar dolu sebab kalau cerita panjang panjang korang akan blurr ! -,-''


Proceed , nampak semua buku buku kat atas tu ? Tu buku aku time nak ambik PMR iaitu form 1 2 and 3. So sad and sedih laa jugak sebab semua buku ni nak recycle sebab serabut sangat dalam bilik study tu XD Maklumlah kan, tak dak sapa lagi nak guna semua nota nota tu, aku kan anak terakhir :') kalau korang mesti rasa sedih gak kan sebab terasa semua pengorbanan kita selama tiga tahun time kemas kemas tuu, jupa macam macam ! Ada tu aku suka sorang diri. Hik3

Cukup lah sekadar malam ni tentang Books and Aku ! Harap korang boleh dapat sedikit sebanyak manfaat laa daripada membaca tak dapat apa langsung bak kata orang melayu baca sekadar baca -,-'' K bhaii :)

Hiasan yang over . K Assalamualaikum :)

Thanks for reading this entry 

28 November 2012

My Life : Syukur Haji Wa Hajjah

Sila jawab salam saya dahulu dengan sopan yerk! Jangan buat-buat tak nampak pulak ungu purple plus kucing yg comel kat atas tu. Aku tak nak intro panjang-panjang. Just proceed with our journey!

First and foremost aku nak bagitahu kat korang semua pasal satu perkara yang paling menyeronokkan hati aku yang dah lama merindui someone! '' Mak ayah aku dah balik laa.Yehaaaaaa!! '' hati aku menjerit meminta tolong sebab jantung hati dia dah balik dah! So,sebagai anak yang soleh plus baik hati plus rajin *walaupun paling susah nak tolong kakak time mak ayah takde* Itulah perangai anak bongsu kot mak ayah selalu lebihkan dia. Tapi aku bukan anak bongsu sebab hakikatnya aku ade adik =) Tapi kenapa ada jugak sedikit sepaut secebis tempiasan perangai anak boncu ni melekat lekit kat badan aku? Hmmmmm...


Inilah gambaran anak bukan bongsu yang berlekatkan perangai bongcu yang sedang melepaskan rindu kepada orang tersayang dengan menceriakann diri sendiri kerana mendapat banyak Ole-ole dari tanah suci walaupun bukan yang paling banyak -,-'' (Kisah Manusia Bernama Amirol Najmi Ke Ni?)

Okeyh! Sambung kepada cerita sebenar yang masih hangat..

Sebenarnya aku sebagai anak mestilah serba sedikit serba sebanyak kan tahu pasal kenangan diorang kat Bumi Tanah yang suci tu. That's why aku nak bukak seluas luasnya minda aku nak cerita kat korang semua pengalaman diorang yang aku sempat duk masukkan dalam memori time diorang duk bersemangat cerita at member-member yang datang ghumah aku. Sebenarnya takdelah banyak sangat yang aku tahu. Cuma sebisan jelaa sebab tak sempat nk ingat semua dan curahkan segala perasaan kagum plus excited kat blog ni. 


Yang aku tahu dan yang aku fikir laa,, semua yang pergi mekkah mesti akan ambik gambar dari susudt sebegini kan? Memang nampak lebih kemas dan kenangan yang akan berputik lebih indah. Tengok lah parents aku.. Tengah-tengah tu kelihatan agak jelas kaabah kan? Nampak? Lebih sesuai kerana kaabah yang melambangkan identiti mekkah dan tempat umat islam mengerjakan ibadah haji seperti tawaf. Kat sinilah tempat kita akan duk tawaf kan. Kalau korang tak nampak jugak bertimbun orang kat kaabah tu macam semut tu. Aku tak tahulah nak kata apa kalau korang tak nampak lagi =)

Yang aku ada ingatlah. Ayah aku ada cerita yang rakyat Malaysia yang pergi ke sana tak selalu pergi ramai-ramai or pergi berjemaah. Cth : Ayah aku nak pergi solat zohor kat Masjid berdekatan. Mak aku tak larat nak pergi sebab demam ringan. Then, Ayah aku terpaksa pergi sorang-sorang tau tak berteman. Memang lah normal kan sebab orang lelaki takkan nak sentiasa berteman. 

Tapi kalau kita duk fikir kan. Tak logik yang pergi haji bukannya sorang dua orang Malaysia. Beratus-ratus gak kan? Duk kat pertempatan sama. Mungkin sekali dua je duk pergi berkelompok. Ayah aku cerita lah. Masing-masing buat hal masing-masing jee.. Tak patutlah kalau difikirkan balik. Memang tak menjadi satu kesilapan langsung tapi cuba fikir logik sikit sebab kita ni kat berukhwah =)


Time ni haji wa hajjah semua kat bukit thur. Aku pun tak tahu apa mereka buat kat sana sebab aku masih kurang ilmu bab haji haji ni. Yang aku belajar pun bab-bab rukun haji. Tak tahulah buat apa kat tempat ni tapi yang memang sure lah. Berdoa. Semua tempat yang kita kunjungi elok untuk berdoa. Makam nabi. Kat kaabah. Masjidil haram. Kat Madinah. And alls lah!

Baru aku teringat. Yang selipar mak aku ada hilang masa tawaf sebab ada orang pijak. ''Dah tu kenapa tak ambik semula'' Tengkorak kau! Mana lah boleh ambik kalau dah tengah tawaf. Namanya ramai orang duk berpusu-pusu tengah mengelilingi kaabah tu. Kalau kita nak ambik, mereka semua duk pijak je kepala kita ni tau. 

So, mak ayah aku cakap, Kalau kat sana ikut keadaannya. Jangan terlalu berlembut sangat sampai kita yang terpinggir. '' Mak cik,pergi lah dulu.Takpe,kesian kat mak cik '' Kalaulah korang terlalu kasihan kat orang lain. Mampuih hang kat sana nak kerjakan ibadah haji. Tapi ingat! Jangan terlalu kasar ''Tak kira! Aku datang sini nak buat ibadah, kalau terlanggar.Lantaklah!'' jangan lah biadap sangat sampai macam sengaja jee nak buat orang lain merana. Mesti berpada-pada. Jangan terlalu kasar dan jangan terlalu berlembut. Please take-a-note! *Alahai, macam nak pergi khursus haji la pulak* Ustaz Amirol*


Wah-wah-wah! Dalam banyak-banyak gambar. This picture lah yang paling I suka tengok sebab ada gambar unta bersama bungaan di tambah pulak dengan papa I yang hensem tu. Kalau mama I ada sekali mesti bertambah seri gambar ini. *Menggedik tak tentu pasal*

For uolls information lah, harga sekali naik untuk unta ni dalam RM100.00. Wow! Terkejuzz aku mendengar  papa aku duk kasitau itu punya harga. One more, ambik gambar dengan pakaian ala-ala arab. Dengan jubah,kopiah dan lilitan sekali lah. Yang tu pun mahal gak but i lupalah berapa harga nya. Papa aku pesan supaya jangan bazirkan dui untuk itu semua. sebab mahal bebenar. 

Kalaulah hang ni anak jutawan or memang jutawan. Bolehlah naik unta ni. Murah je kot. Namanya jutawan kan, tak habis duit tu nak pakai kat dunia ni. Nak bawak ke dalam kubur tak boleh. Indah nya kalau boleh gune duit untuk kebaikan





Nak sambung citer pulak ni. Pasal makanan sebab I lub sangat-sangat makanan tak kira di mana jua saya berada! Macam dalam iklan lah pulak aku duk membebel ni. Makanan kat sana, adooooiyai. Tak tahu nak cakap macam mana. So amazing! Semua macam dah tau kenapa kan? Tak perlu cerita lah sal kurma, buah tin,buah zaiton, or air zam-zam kan? Satu sebab je! Sebab sebab sebab... Asli..! Yeah! Sebab makanan nya semua asli dari tanah suci tuh. Kekacang nya sangat nyummy! Tak abish perut duk merajinkan gigi untuk mengunyah kekacang asli ni. 

Cenderahati pun apa kurangnya. Sangat menarik tau, nak-nak jubah. Tak kiralah jubah lelaki or jubah perempuan. Semuanya cantik plus bergaya untuk di pakai but ingat lah kita pakai tu bukan untuk berfesyen semata-mata tapi lilahitaala kerana Allah, nak ikut sunnah nabi kan. Tasbih,sejadah,kopiah and alls lah! Just one word A.M.A.Z.I.N.G.


Indahkan permandangannya. Teringin pulak nak pergi sekarang. Time duk tengok gambar-gambar ni semua. In Sha Allah, kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki bersama iman yang teguh disaluti ilmu yang cukup kita semua akan melangkah naik kapal terbang menuju ke tempat kiblat kita selama ini. Amin. Dengan itu tamatlah khusus haji kita untuk kali ini. Ececece~ Jangan lupa ambil sedikit sebanyak ilmu untuk dibawa beramal daripada blog yang tak seberapa ini. Wassalam

Thanks for reading this entry







19 November 2012

My Life : Fatin Liyana Idolaku


Now,time holiday kan untuk semua budax-budax sekolah kan walaupun berlambak bertimbun kerja sekolah yang terpaksa or kene buat seperti aku. Nak kata sedih nak menangis tak boleh sebab semua ni demi kepentingan aku jugak kan. Semua yang cikgu-cikgu buat untuk pelajar anak didiknya sama la macam ibubapa buat untuk anaknya, Semua nak buat yang terbaikkan. Aduhai ~ Panjangnya intro aku macam nak jadik guru kaunseling pulak.. hukhakhuk

Walaupun kerja sekolah aku yang teramat susah macam nak pecah kepala aku dibuatnya macam nak jadik oramm gyler sudah tapi tetap setia nak on9 facebook dan buat entry baru kat blog ni bukan apa, rasa macam terlalu lama dah post entry baru. Bukak dan lihat dan membaca entry lama je kerja aku selama ni buat blog kesayanagan ni. Hehe

AMIROL NAJMI ABDUL RASID =)

Ok, berbalik kepada tajuk yang ingin aku ceritakan kepada korang semua iaitu tentang Kak Fatin Liyana. Siapa yang tak kenal dengan Dr Blogger seperti Kak Fatin tu. Cantik,berfesyen,bijak,bergaya & alls yang positive larh! Bercakap tentang beliau, aku bergodek-godek mencari pasal beliau kat youtube tadi kerna kawanku yang memberi link supaya duk usha pasal Fatin Liyana ni dan terjumpalah satu kazanah Fatin Liyana iaitu pasal dia masuk Tv rancangan Nasi Lemak Kopi O tu.. Korang dah tengok ke? Pergi la usha kejap.

Aku bukanlah meletakkan beliau sebagai Idola aku sebab famous,cantik ke, bukan sebab tu laa. Yang pasti sebab dia ni seorang Doktor dan Blogger. Korang tahu tak aku ni besar nanti nak jadik doktor jugak. In Sha Allah doktor pakar laa. Aku baru je bace entry dia pasal ''World Blogger And Social Media Award 2012'' dan disitulah aku terjumpa satu perkataan yang menarik minda aku untuk mengatakan ''wow! hebatnya Fatin Liyana ni'' . Nak tahu kenapa? sebab beliau ada tulis kat entry tu beserta gambar sedang memegang trophy ''My super heavy trophy ! Last sekali aku terima trophy adalah masa SPM 2006 for Best Student kehkeh'' Nampak tak? Best Student SPM bro! Hebat sesangat bukan stakat cantik bergaya malah doktor dan best student pulak tuh! Macam tercabar sesangat aku rasa sebab aku pun nak jadik doktor jugak -,-

Dan satu lagi perkara yang aku nak ceritakan kat korang pasal dia ni. Tak mencari populariti. Bagus kan? Beliau ada berkata kalau nak tulis kat blog ni biarlah dari jiwa dan hati. Wow! So Ohsem kan. Bertudung dan menjaga hubungan dengan Allah. Aku memang respect sesangat kat si Fatin ni, walaupun dah tahu diri tu cantik, tapi still bertudung dan menjaga solat. " Jangan Lupa Nak Sembahyang laa " Fatin Liyana.  She is so amazing for me!

She with her mummy. So cantik + ayu <3

She and all amazing blogger. Dengki tahap gaban ni =)


Sorry Akak sebab amik A.k.a curi gambar akak kat blog. Harap akak terima kisah akak dalal blog saya ni.

Dan sebab itulah aku menjadikan beliau sebagai Idola aku. Korang jangan ingat takde org lain ke? Bukanlah! SALAH SATU. Rasulullah S.A.W , Parents aku & byk lagi laa. Fatin Liyana ni sebab beliau seorang Doktor Blogger. Aku pun nak jadik cam tu. Pandai bahagikan masa, bijak, comell -,- bergaya =) & yang terselit dengannya. Harap impian aku nak jadik Doktor macam fatin Liyana ni menjadi kenyataan larh! Amin. Hope sangat-sangat ni. Korang yang alang-alang membaca entry aku ni mari la mendoakan kejayaan aku ya..

" Ya Allah Ya tuhanku yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Engkau berikanlah Amirol Najmi Bin Abdul Rasid seorang hamba yang sentiasa bertaqwa kepadaMu dan Engkau berikanlah apa yang terbaik untuk dirinya. Engkau makbulkanlah doanya yang ingin menjadi seorang Doktor & Blogger. Amin ''

Thanks kawan-kawan pray for me & reading this entry <3

27 October 2012

My Life : Salam Pengorbanan

Rindu Sahabat Aku.
Hai Semua.Pada hakikatnya,aku tak tahu nak memulakan bicara dengan ayat power yang boleh korang suke,bukan ketawa tapi seronok sebab boleh baca entry aku ni. Kalau ayat tak sedap terus tekan tanda pangkah kat atas tu kan. Aku pernah buat macam tu,sebab nampak sangat ayat cam hentam giler,tulisan besar kecik-besar kecik,shot giler pulak tuh. Marah ni-marah ni. Siapa kau nak marah orang huh?! OK

Berlanjutan & Berterusan dengan entry aku hari ni, Perngorbanan pada hari raya haji ni memang terserlah sebab aku tengah merasai nya pun. Kakak aku,abang aku,parents aku,aku sendiri yang merasai nya tau. Faham-faham jelah kan, Raya korban ni pun musim Haji gak kan? Tak faham lagi ke? Haish! Ok straight to the point jelah! Mak Ayah aku pergi haji tahun ni. ''Wah,Untunglah!'' Alhamdulillah, rezki beliau daripada Allah taala. Moga-moga beliau memperolehi haji mabrur. Amin~

OK. Pengorbanan yang aku nak ceritakan kat korang semua ni tentang suasana kehidupan masalah semasa parents kita takde, Maybe korang pikir " Alah! Pergi haji je pon " tapi kalau korang dah rasa berpengalaman, korang akan tahu kan? tapi bagi yang dah bekerja bersuami tu maybe lain sikit. Ya, aku akui semua siblings aku dah besar kesemuanya. Tapi sometimes and everytimes kita buat sesuatu tu dengan parents kan? Nak masak, Mak mesti ada.kadang tu kita tolong. *rindu masakan ma* *btw, kakaq aku best jugak resepinya* Kalau nak solat jumaat, mesti ada abah aku. *rindu dengar suara beliau seru-seru suruh cepat*. 

Pengorbanan seorang kakak kan. Jaga makan minum adik nya. Wah! hebat betul kakak aku ni. wee~ Bangga-bangga. Perngorbanan abang kan. Jaga keselamatan, pergi kedai . Cewah! bagos betul abang aku ni. ngee~ Aku? Perngoranan adik ? Malas nak ceritakan. Maluww! Maluww! weee~ Yang pasti la kan. kiteorang memang bergantung antara satu sama lain. kalau tak memang tak kan hidup punya. Seriously.! Contoh yang aku berikan kat sini, kakak aku nak masak, aku & abang aku kene pergi kedai beli barang. tak gitu? nampak tak kesinambungannya. Kalau tak nampak pergi tanya orang yang lebih baik bahasa melayu nya. wee~

Pengorbanan parents aku pulak, terpaksa tinggalkan rumah anak-anak kerja kampung halaman & all sebab nak tunaikan perintah Allah, rukun islam yang ke -5. menunaikan haji di baitullah kan? banyak mende yang diorang pikirkan pasal kami adik beradik sebelum berangkat tau. Aku rasa sedih sangat sebab tak dapat hantar beliau kat airport. sebab ada exam. takpe mesti ada hikmah punya. aku redha je. baik kan aku? jangan jelous tau. hehe

PENGALAMAN RAYA HAJI TANPA PARENTS

Aku nak cerita ceritut kat korang sikit ni. nampak jekan tajuk kat atas ni. Korang pernah rasa tak? Kalau pernah sebab apa? sama macam aku or lain-lain? 

First day :

Aku pergi solat raya kat rumah sepupu aku belah abah bersama abang aku menunggang lembu. Opss, motor. So kakak aku terpaksa korbankan sebab tak muat nak naik tiga orang. Dalam beberapa minit aku sampai lar kat rumah sepupu aku tu. Agak jauh jugak lah. Solat & dengar khutbah yang sepupu aku sampaikan dekat surau beliau. Aku buat apa? tersenguk-senguk sekali dua je. Letih naik motor kot. tersipu maluww nak cerita ni. Maaflah saya mungkin tak layak jadi imam awak ""berfeeling pulak malam buta ni"" Lepas tu aku makan-makan pagi. Then,sembelih lembu, terasa pulak sebab biasa tengok abah aku ada jugak duk lapah daging-daging tu, dengar jugak suara mak aku duk menjerit mintak tolong. Hmmm.. Pengorbanan kan?

Lepas tu bawak balik sedikit lauk pauk untuk kakak aku yang kelaparan tu. Maybe kot. Lepas kami makan-makan usai solat jumaat, baliklah ke kediaman parents aku semula. Jalani kehidupan seperti hari-hari lepas. *facebooking,blogging,singing,dancing, not studying* teruk betul la kau ni kan '' exam around de corner tapi kau buat tak tahu macam tak da pape akan berlaku kan? Anak ma ngan abah yang degil kot. =(

Second day :

Aku pergi rumah kawan mak aku. dekat jugak lah. kali ini abang aku yang duk rumah,jaga rumah sesorang pulak walhal dia tak nak pergi kan. Aku sure nak ikut. kaki melancong kan. macam mak dye kot. wee~ Pergi dengan kereta kawan mak aku yang lain. beliau yang ajak sebenarnya, bersms ngn kakak aku. Alang-alang tu aku ikut sekali lar. bermakan-makan, membuncitkan perut walaupun aku memang tak kan gemok untuk masa ni lah. Nanti aku tak tahu. Kering macam sekarang or gemok macam Zoey or gedembak macam gajah. =)

Lepas tu balik, Jalani kehidupan seperti biasa. Masa cuti sekolah siapa tak tahu manusia buat apa walhal nak exam kan? Matilah kau nak tulis apa atas kertas biology 2 tu nanti. BoOoo! 

Aku rasa dah cukup untuk entry kali ni. Sekian, thanks for reading this entry <3

Salam Pengorbanan & Salam Aidil Adha =)



25 October 2012

My Life : Speed Loading Blog



Aku tak nak cerita panjang-panjang untuk entry ni sebab gambar yang sedikit kat bawah ni akan cerita ceritut kat korang semua. Nak tahu cerita apa? Pasal berapa kelajuan kawan-kawan korang nak loading blog korang ni. Sebelum tu aku nak tunjukkan kat korang speed blog kawan aku.Dia share kat blog dia,sebab tu aku buat jugak entry ni.



Nampak tak? Local Time dia kejap je kan? tak rugi pun kalau korang nak melawat.Kejap je =)  Meh sini tengok yang aku punya pulak. Sedih wo!


Malas aku nak cerita panjang-panjang.Just baca melalui gambar di atas keyh? Jangan tak baca pulak. Aku sembelih kan. Hehe
Bukti? Sini..Meh Sini..

Nampak tak wahai si Zoey? Kalau nak kira blog kita yang mana lebih berat. Boleh sangat tapi wajib ada kalkulator kan? Buat apa banding-bandingkan,kita kan kawan ? Tak gitu? 

Rasanya dah cukup untuk kali ini. Thanks for reading. Love u so much !

Info : Bumi Akan Bergelap Dalam Masa Terdekat ?



Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.


Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.

24 October 2012

Info : 5 Diiktiraf Genius

Manusia genius merupakan suatu kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada insan terpilih. Menjadi insan yang genius dan luar biasa adalah kurniaan daripada Allah SWT kepada hambaNya. Ada juga insan yang tidak pernah belajar secara bersungguh-sungguh pun dapat mengecapi nikmat sebagai pelajar genius. Walaupun hakikatnya, terdapat ramai orang berusaha bagai nak ‘mati’ tetapi keputusannya kurang memuaskan. Di bawah ini merupakan 5 orang manusia yang diiktiraf antara paling genius di dunia. kemahiran mereka adalah mengikut kepakaran masing-masing dan semestinya ia lebih kepada bidang pekerjaan yang dianggap profesion bekerjaya. Jom lihat siapakah manusia yang paling genius itu?

5. Marco Calasan

Jurutera genius yang berasal daripada Macedonia ini merupakan seorang jurutera Miscrosoft paling termuda dunia. Beliau yang baru berusia 10 tahun ini telah dianugerahkan 4 sijil daripada Microsoft dan telah menulis sebuah buku di Microsoft Windows 7.

4. Terence Tao

Memperoleh Masters ketika berumur 17 tahun, mendapat gelaran doktor pada 20 tahun, serta menjadi Profesor of Mathematics sewaktu berumur 24 tahun.

3. Alia Sabur



Guinness World Record telah mengiktiraf beliau sebagai profesor termuda di dunia.

2. March Boedihardjo


Mendapat tajaan untuk sambung PhD di Oxford University ketika berumur 14 tahun, sekaligus menjadikan beliau sebagai pelajar paling muda di universiti tersebut.

1. Ainan Cawley

Gelaran manusia paling genius di dunia diberikan kepada budak cilik ini. Ainan dilahirkan pada 23 November 1999. Ketika berumur 7 tahun, beliau berjaya menguasai dalam bidang Kimia dan Fizik. Sekarang, beliau meneruskan pelajarannya di University of Help di Malaysia pada umur 10 tahun.Bukan Ainan Tasneem ni. hehe

Note - Inilah wajah-wajah insan yang diberikan sedikit kelebihan yang mana mampu berfikir jauh berbanding orang lain. Kepandaian mereka tidak boleh disangkal lagi, ibarat seseorang itu kalau belajar pun, tidak perlu baca buku sangat dah boleh skor dalam peperiksaan. Namun dengan kelebihan yang kita ada, janganlah kita kufur dengan nikmat yang diberikan.Kalau kita pandai mencari di mana kelebihan yang ada pada diri kita walaupun kita sudah tahu yang kelemahan pasti terpaut pada diri masing-masing termasuk aku. :)

12 October 2012

Info : Gambar Anda Jadi Hilang Akal



Seorang lelaki Perancis melakukan aksi maut dengan berjalan diatas tali yang dipasangkan ditengah jurang setinggi 288meter, diantara dua bukit di kawasan Dalles Grises, Verdon Gorges, Perancis.

Namun, ditengah-tengah aksinya itu, lelaki tersebut sempat menerima panggilan ketika berada ditengah jurang.

Lelaki ini dikenali sebagai Tancrede Melet. Dengan tenang, Tancrede pun duduk di atas tali dan berbual dengan orang yang menelefonnya. Hanya seutas tali yang terikat pada pinggangnya. 

Info : Tony Blai Akui Al Quran Hebat



Bekas PM Britain baca kitab setiap hari untuk fahami iman.

LONDON: Tony Blair berkata beliau kini bersikap lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuatnya lebih memahami mengenai iman.

"Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global," katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang berguna.

Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah san Russia.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong peradaban.

Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalahkitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.

"Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan," katanya.

Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau melihat bagaimana pelaku jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri 52 maut, beliau ketika itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan damai. - Agensi

My Life : Calling Di Facebook Membahayakan?

sekadar gambar hiasan


 Hye Readers semua..Korang semua sihat tak? Malam yang masih muda lagi berseri ni sambil bergodek godek ke blog kawan-kawan.. Berbunyi satu nada dering dalam laptop..huh? nada dalam laptop? apa tu? hantu ke? tak lah kawan-kawan ei.. Tu bunyi calling-calling dari kawan aku kat facebook.. haha


Agak Ketawa dan terharu bila ada jugak orang nak calling-calling aku ni kan..Siapa lah aku kat dunia ni..Hihi  Ok lupakan tentang itu.. Sini aku nak cerita kat korang tentang bahayanya bercalling-calling ni.
1) Membuatkan anda naik angin
2) Sabar jelah!
3) Aku gurau jerk!
4) Jangan marah 
5) Sebab sabar itu separuh daripada iman..
Ok! Tak lawak.. Aku saja je sebenarnya.. Motif utama aku nak ceritakan kat sini sebenarnya untuk beritahu kat kadang-kadang video calling di facebook ni amat membanggakan..huhu Best tau,! test lar dengan kengkawan korang.. But please remember jangan dengan lain jantina.. Nanti susah pulak kene tanggung dosa..! Ingat ikhtilat & pergaulan kena jaga..! wallahua'lam.. Salam Cinta
Ni Muka Dia *Zoey Danny*
his name is Asman..Nak berkenalan boleh contact aku..Haha

My Life : To The Beautiful You

to the beautidful you

So Sweet..Tu je yang boleh aku ungkapkan untuk cerita yang baru je aku tengok...best giler woo! Choi Minho yang berlakon pulak... pelakon korea aku minat tu...sooooo owesome! Jangan dengki tau kalau korang tak boleh tengok maybe ada hikmah di sebalik korang tak boleh tengok tu... Yang pasti cerita ni memang the best..!

Lebih Lanjut



SINOPSIS 
Drama ini bercerita tentang Goo Joo Hee (Choi Seol Ri), seorang gadis Korea yang tinggal di Amerika Serikat. Pada suatu hari, dia melihat kompetisi track and field di TV, dan menjadi tertarik akan salah satu kompetitor lompat tinggi, Kang Tae Joon (Min Ho).


Dia mulai mengidolakan atlit muda tersebut dan juga pindah ke Korea untuk dapat berada di sekolah yang sama dengan Tae Joon setelah dia mengalami kecelakaan yang berpotensi untuk mengakhiri karirnya sebagai atlit. Sekolah yang diikuti Tae Joon adalah sekolah laki-laki, sehingga Jae Hee harus menyamar sebagai laki-laki untuk dapat masuk ke sekolah tersebut.




CAST:
    Min Ho sebagai Kang Tae Joon
    Choi Seol Ri sebagai Goo Jae Hee
    Lee Hyun Woo sebagai Cha Eun Kyul
    Kim Ji Won sebagai Seol Ha Na
    Kang Ha Neul sebagai Joo Ji Chul
    Hwang Kwang Hee sebagai Song Jong Min

aku lebih suka yang atas dari yang bawah

Okay..! Rasa dah cukup koet *memang ayat aku*
Selamat Petang *sambil tengok nasi ayam*