Showing posts with label Info Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Info Nasihat. Show all posts

25 October 2012

Info : Bumi Akan Bergelap Dalam Masa Terdekat ?



Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.


Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam.

Info : "Sinkhole" Bukti Bumi Tidak Redha

Lubang mendap hampir 400 kaki dalam di Louisiana telah menelan semua pokok dalam kawasannya dan menggubal perintah pemindahan mandatori selama kira-kira 150 kediaman kerana takut radiasi letupan dan berpotensi. Lubang ternganga 400 kaki persegi adalah di Assumption Parish, La, kira-kira 50 kilometer selatan Baton Rouge. (ABC News)

Lubang mendap yang menelan persimpangan jalan di pusat bandar Guatemala City pada Rabu, 2 Jun, 2010. Pihak berkuasa menyalahkan hujan lebat yang disebabkan oleh ribut tropika Agatha sebagai punca kawah yang turut menelan bangunan tiga tingkat itu. (AP Photo / Moises Castillo)

John Sparkman kelihatan kerdil di lubang mendap berhampiran Picher, Okla, Sabtu, April 6, 2008. (AP Photo / Charlie Riedel)

Sebuah Cadillac Escalade tyerperosok di dalam lubang mendap di Milwaukee, Wis pada hari Jumaat, 23 Julai, 2010, injin masih hidup hampir 20 jam selepas pemandu jatuh masuk ke situ. Pada hari Khamis sebelumnya , ribut kuat di tenggara Wisconsin dan menyebabkan banjir besar. (AP Photo / Mark Was)

Lubang mendap gergasi yang menelan beberapa rumah dilihat di Guatemala City February 23, 2007. REUTERS / Daniel LeClair

24 October 2012

Info : 5 Berkelakuan Pelik

Manusia yang dilahirkan secara zahirnya yang kita lihat adalah bersifat normal. Walaubagaimanapun, kelahiran manusia di dunia ini sebahagian atau peratusan kecil mempunyai kelebihan bakat pelik yang luar biasa. Mereka kelihatan normal dari bentuk fizikal,tetapi secara dalamannya memiliki apa yang tidak semua orang ada. Jom kita lihat 5 manusia yang mempunyai bakat pelik dan luar biasa ini.
1.Tendangan di celahan kelangkang.
Yong Hsueh, biarawan Shaolin, yang muncul pada versi Cina Britain’s Got Talent mempersembahkan kemampuannya untuk ditendang di celah kelangkang tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Dia mengatakan kepada penonton,”Kungfu selangkangan Besi adalah seni kuno,ia merupakan latihan untuk memperkuatkan dan melindungi organ kelamin lelaki. Maka hanya sedikit peluang mereka terluka dalam sebarang pertempuran”.
Biarawan itu mengatakan kemahiran ini hanya boleh dipelajari oleh pelajar yang bermula sejak dari kecil lagi. Hal ini kerana ia melibatkan proses testis ke dalam tubuh, di mana testis terlindungi dan tidak boleh terluka.
2. Orang yang dapat meregangkan kulitnya lebih dari 6 inci.
Garry Turner (Inggris),lebih dikenali sebagai Stretchy Skin Man,mampu meregangkan kulit perut buncitnya sepanjang 15,8 cm (6.25 inci). Ia dikenali sebagai Sindrom Ehlers-Danlos.
3. Orang yang boleh bersendawa pada kekuatan 110 desibel.
Paulus Hunn,memiliki kemampuan untuk bersendawa pada kekuatan 110 desibel.Dia mencapai rekod Guinness World untuk sendawa paling ‘keras’ di dunia dari The New Paul O’Grady Show,London, Inggeris,pada tanggal 24 September 2008.
4. Manusia getah yang dapat masuk melalui kepala raket tenis.
Kapten Frodo adalah orang yang sangat luar biasa .Mungkin kerana tubuhnya yang setengah telanjang dan sangat putih,mata melotot,ada tatto di belakang atau mungkin kerana tindik 2 inci pada putingnya.
Atau mungkin itu adalah fakta kecil di mana dia juga mampu meloloskan tubuhnya melalui raket tenis berdiameter 10 inci.Dia manusia getah di La klik,sebuah sarkas yang juga mengandungi aksi aksi menelan pedang dan lain-lain lagi.
5. Orang yang dapat menarik mini van dengan menggunakan 2 kelopak matanya.
Anda perlukan kereta penunda? Hubungi sahaja orang ini. Xie Zhongcai, seorang stuntman di Hefei,bahagian timur daerah Anhui China,yang memiliki bakat istimewa iaitu mampu menarik kenderaan dengan 2 kelopak matanya.
Nota : Sungguh hebat dan luar biasa kekuatan yang dimiliki oleh individu-individu ini. Walaupun keistimewaan tersebut tidak semua orang yang ada, sekurang-kurangnya kita dan mereka masih lagi menjalani kehidupan yang luar biasa. Paling luar biasa adalah aksi menarik kereta dengan menggunakan kelopak mata. Hebat!

Info : 5 Diiktiraf Genius

Manusia genius merupakan suatu kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada insan terpilih. Menjadi insan yang genius dan luar biasa adalah kurniaan daripada Allah SWT kepada hambaNya. Ada juga insan yang tidak pernah belajar secara bersungguh-sungguh pun dapat mengecapi nikmat sebagai pelajar genius. Walaupun hakikatnya, terdapat ramai orang berusaha bagai nak ‘mati’ tetapi keputusannya kurang memuaskan. Di bawah ini merupakan 5 orang manusia yang diiktiraf antara paling genius di dunia. kemahiran mereka adalah mengikut kepakaran masing-masing dan semestinya ia lebih kepada bidang pekerjaan yang dianggap profesion bekerjaya. Jom lihat siapakah manusia yang paling genius itu?

5. Marco Calasan

Jurutera genius yang berasal daripada Macedonia ini merupakan seorang jurutera Miscrosoft paling termuda dunia. Beliau yang baru berusia 10 tahun ini telah dianugerahkan 4 sijil daripada Microsoft dan telah menulis sebuah buku di Microsoft Windows 7.

4. Terence Tao

Memperoleh Masters ketika berumur 17 tahun, mendapat gelaran doktor pada 20 tahun, serta menjadi Profesor of Mathematics sewaktu berumur 24 tahun.

3. Alia Sabur



Guinness World Record telah mengiktiraf beliau sebagai profesor termuda di dunia.

2. March Boedihardjo


Mendapat tajaan untuk sambung PhD di Oxford University ketika berumur 14 tahun, sekaligus menjadikan beliau sebagai pelajar paling muda di universiti tersebut.

1. Ainan Cawley

Gelaran manusia paling genius di dunia diberikan kepada budak cilik ini. Ainan dilahirkan pada 23 November 1999. Ketika berumur 7 tahun, beliau berjaya menguasai dalam bidang Kimia dan Fizik. Sekarang, beliau meneruskan pelajarannya di University of Help di Malaysia pada umur 10 tahun.Bukan Ainan Tasneem ni. hehe

Note - Inilah wajah-wajah insan yang diberikan sedikit kelebihan yang mana mampu berfikir jauh berbanding orang lain. Kepandaian mereka tidak boleh disangkal lagi, ibarat seseorang itu kalau belajar pun, tidak perlu baca buku sangat dah boleh skor dalam peperiksaan. Namun dengan kelebihan yang kita ada, janganlah kita kufur dengan nikmat yang diberikan.Kalau kita pandai mencari di mana kelebihan yang ada pada diri kita walaupun kita sudah tahu yang kelemahan pasti terpaut pada diri masing-masing termasuk aku. :)

19 October 2012

My Life : Kelebihan Si Rabun

agak hodoh melihatnya begini daripada asal.. =)
Bagi yang tak rabun. Sila pergi jauh-jauh dari sini. Kalau nak try pun boleh.

Nak tau tak apa kelebihan si rabun macam aku ni.Kalau nak tahu duduk diam-diam depan lappy tu,baca arahan yang akan aku sampaikan ni dengan betul-betul. Cuba fahamkan yerk! Aku kan sentiasa melalut.





1-Tengok gambar ni betul-betul sambil pakai spec or contact lens korang. Nampakkan Albert Einstein tu Dan beliau seorang Lelaki kan.

2-Bukak spec korang.Then,tengok betul-II gambar tu.Apa korang nampak? perempuan kan? Sebenarnya aku tak nampak dengan jelas pun siapa perempuan tu.Yang aku tahu memang dia perempuan cuma tak jelas.Menurut gambar tu adalah Marilyn Montroe.Kalau korang tahu & nampak dengan jelas.Bertuahlah!

:: Simple je step nya kan? Cuma ni maybe kelebihan bagi orang rabun.Cuba korang try tengok jauh-jauh.Maybe boleh kot.! Try tau.! 

comel macam aku kan? ngee~



12 October 2012

Info : Gambar Anda Jadi Hilang Akal



Seorang lelaki Perancis melakukan aksi maut dengan berjalan diatas tali yang dipasangkan ditengah jurang setinggi 288meter, diantara dua bukit di kawasan Dalles Grises, Verdon Gorges, Perancis.

Namun, ditengah-tengah aksinya itu, lelaki tersebut sempat menerima panggilan ketika berada ditengah jurang.

Lelaki ini dikenali sebagai Tancrede Melet. Dengan tenang, Tancrede pun duduk di atas tali dan berbual dengan orang yang menelefonnya. Hanya seutas tali yang terikat pada pinggangnya. 

Info : Siapa Suka Minum Air



Sebuah riwayat dari Tsumamah bin Abdullah menyebutkan, "Dahulu Anas bin Malik RA pernah bernafas di dalam bejana dua kali atau tiga kali, dan dia mengira Nabi SAW pernah melakukan hal itu." (HR. Bukhari)

Riwayat lain dari Abu Qatadah dan bapanya mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang di antara kamu minum, maka janganlah ia bernafas di bejana (gelas)."

"Dan jika salah seorang dari kamu buang air kecil maka janganlah ia memegang dzakar (kemaluannya) dengan tangan kanannya, jika membersihkan maka jangan membersihkan dengan tangan kanannya." (HR. Bukhari).

Sebahagian ulama mengatakan bahawa larangan bernafas di dalam bejana ketika minum sama seperti larangan ketika makan dan minum, sebab hal itu boleh menyebabkan keluarnya ludah sehingga boleh menjejaskan kebersihan air minum tersebut. Keadaan ini apabila dia makan dan minum dengan orang lain.

Adapun bila ia makan sendirian atau bersama keluarganya atau dengan orang yang tidak terganggu dengan caramu tersebut, maka hal itu tidak mengapa.

Imam Ibn Hajar Al-Asqalani pernah berkata, "Dan yang lebih bagus adalah menguatkuasakan larangan hadis Nabi tersebut, sebab larangan itu bukan untuk menghormati orang yang layak dihormati ataupun untuk mendapat penghargaan dari orang lain."

Imam Al-Qurtubi menambah pula, makna larangan itu adalah supaya bejana dan air tersebut tidak tercemar dengan air liur atau pun bau yang tidak sedap. (Fathul Bari, 10/94).

Demikianlah penjelasan para ulama kita. Para pakar kontemporari pun telah berusaha mengorek hikmah atas larangan tersebut. Mereka mengatakan ini adalah petunjuk yang indah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam menyempurnakan akhlak.

Info : Tony Blai Akui Al Quran Hebat



Bekas PM Britain baca kitab setiap hari untuk fahami iman.

LONDON: Tony Blair berkata beliau kini bersikap lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuatnya lebih memahami mengenai iman.

"Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global," katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang berguna.

Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah san Russia.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong peradaban.

Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalahkitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.

"Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan," katanya.

Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau melihat bagaimana pelaku jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri 52 maut, beliau ketika itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan damai. - Agensi

5 October 2012

Info : Kenapa Jarum Jam Ke Arah Kanan

Pasti anda tidak terfikir mengenai tajuk yang disediakan ini. Ia mengenai jarum jam yang bergerak ke sebelah kanan dan bukannya kiri. Ia berlaku seperti itu, pasti ada puncanya. Sebenarnya ia berlaku sejak zaman purba lagi.


Bangsa Mesir menggunakan matahari untuk melihat waktu dengan mendirikan tugu yang dipanggilObeliksKetika matahari bergerak maka bayangan dari obeliks tersebut juga akan bergerak. Dari pergerakanbayang-bayang itulah mereka mengukur waktu. Matahari terbit dari timur, sedangkan Mesir berada di belahan dunia bahagian utara maka ketika matahari bergerak bayangan dari tugu obeliks pun bergerak ke arah kanan.


Seandainya Mesir berada di belahan dunia bahagian selatan mungkin kita akan melihat jarum jam bergerak ke arah kiri. Pasti anda tidak tahu mengenai informasi ini. Di harap informasi ini berguna untuk anda semua.

28 September 2012

Info : Sekadar Psikologi Kalendar Ajaib


CALENDER AJAIB

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb 10Hb 19Hb 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

anda dilahirkan pada 2Hb 11Hb 20Hb 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

anda dilahirkan pada 3Hb 12Hb 21Hb 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

anda dilahirkan pada 4Hb 13Hb 22Hb 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

anda dilahirkan pada 5Hb 14Hb 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

anda dilahirkan pada 6Hb 15Hb 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

anda dilahirkan pada 7Hb 16Hb 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

anda dilahirkan pada 8Hb 17Hb 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

anda dilahirkan pada 9Hb 18Hb 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Nasihat : Jangan Lakukan



Jom baca dan amalkan bersama semoga kita boleh mendapat manfaat dan keberkatan bersama :)
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan sangat kasih orang yang begini. Kalau tertidur lain cerita.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Kata ulama, kuman dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas. Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Orang tua-tua berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing membawa malang.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa penyakit.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar. Makruh dan mewarisi gila / penyakit mental. Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada anak atau cucu kita pula.
7. Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib. Mudah dirasuk syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.
8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak. Bahaya pada perut dan toksin di dalam badan.
10. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, atau keluar tanpa tujuan yang baik. Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala. Tuhan pun tidak redha pada kita.
11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja berkasut. Makruh dan mewarisi kepapaan.
12. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas. Kalau naik helikopter pun, mudah terbabas agaknya..
13. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Punca hati jadi tidak tenteram. Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.
14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa, kerana malaikat maut tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.
15. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. Tuhan suka orang yang merendah diri. Orang yang meminta maaf tidak pernah rugi di akhirat.
16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.
17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apaaila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
18. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana.
19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Banyak gelak lambang kelalaian. Banyak gelak juga menggelapkan hati.
20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
22. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Hidup di dunia ini amat pendek & tidak perlu disusahkan hati olehnya.
23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN… Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya. Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah kejadian makhluk Allah.
24. Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician sesuatu hukum atau perkara, ia punca Bani Israel mendapat susah dan akhirnya dimurkai Allah. Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja. Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta, bukan yang menambah ego diri sendiri.
25. Jangan tak baca artikel ini dan ambil ikhtibar dari artikel ini. Hehe..
.
p/s : Jangan lupa share kat kawan facebook semua :)