24 October 2012

Info : 5 Berkelakuan Pelik

Manusia yang dilahirkan secara zahirnya yang kita lihat adalah bersifat normal. Walaubagaimanapun, kelahiran manusia di dunia ini sebahagian atau peratusan kecil mempunyai kelebihan bakat pelik yang luar biasa. Mereka kelihatan normal dari bentuk fizikal,tetapi secara dalamannya memiliki apa yang tidak semua orang ada. Jom kita lihat 5 manusia yang mempunyai bakat pelik dan luar biasa ini.
1.Tendangan di celahan kelangkang.
Yong Hsueh, biarawan Shaolin, yang muncul pada versi Cina Britain’s Got Talent mempersembahkan kemampuannya untuk ditendang di celah kelangkang tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Dia mengatakan kepada penonton,”Kungfu selangkangan Besi adalah seni kuno,ia merupakan latihan untuk memperkuatkan dan melindungi organ kelamin lelaki. Maka hanya sedikit peluang mereka terluka dalam sebarang pertempuran”.
Biarawan itu mengatakan kemahiran ini hanya boleh dipelajari oleh pelajar yang bermula sejak dari kecil lagi. Hal ini kerana ia melibatkan proses testis ke dalam tubuh, di mana testis terlindungi dan tidak boleh terluka.
2. Orang yang dapat meregangkan kulitnya lebih dari 6 inci.
Garry Turner (Inggris),lebih dikenali sebagai Stretchy Skin Man,mampu meregangkan kulit perut buncitnya sepanjang 15,8 cm (6.25 inci). Ia dikenali sebagai Sindrom Ehlers-Danlos.
3. Orang yang boleh bersendawa pada kekuatan 110 desibel.
Paulus Hunn,memiliki kemampuan untuk bersendawa pada kekuatan 110 desibel.Dia mencapai rekod Guinness World untuk sendawa paling ‘keras’ di dunia dari The New Paul O’Grady Show,London, Inggeris,pada tanggal 24 September 2008.
4. Manusia getah yang dapat masuk melalui kepala raket tenis.
Kapten Frodo adalah orang yang sangat luar biasa .Mungkin kerana tubuhnya yang setengah telanjang dan sangat putih,mata melotot,ada tatto di belakang atau mungkin kerana tindik 2 inci pada putingnya.
Atau mungkin itu adalah fakta kecil di mana dia juga mampu meloloskan tubuhnya melalui raket tenis berdiameter 10 inci.Dia manusia getah di La klik,sebuah sarkas yang juga mengandungi aksi aksi menelan pedang dan lain-lain lagi.
5. Orang yang dapat menarik mini van dengan menggunakan 2 kelopak matanya.
Anda perlukan kereta penunda? Hubungi sahaja orang ini. Xie Zhongcai, seorang stuntman di Hefei,bahagian timur daerah Anhui China,yang memiliki bakat istimewa iaitu mampu menarik kenderaan dengan 2 kelopak matanya.
Nota : Sungguh hebat dan luar biasa kekuatan yang dimiliki oleh individu-individu ini. Walaupun keistimewaan tersebut tidak semua orang yang ada, sekurang-kurangnya kita dan mereka masih lagi menjalani kehidupan yang luar biasa. Paling luar biasa adalah aksi menarik kereta dengan menggunakan kelopak mata. Hebat!

1 comment:

  1. mcm mna laa org yg dekat gmba no 2 tu leh wt mcm tu.. dr dlu ter tanys tanya.. hebat

    ReplyDelete

Thanks everyone. May God Bless You!

-Myrol Najmy