28 November 2012

My Life : Syukur Haji Wa Hajjah

Sila jawab salam saya dahulu dengan sopan yerk! Jangan buat-buat tak nampak pulak ungu purple plus kucing yg comel kat atas tu. Aku tak nak intro panjang-panjang. Just proceed with our journey!

First and foremost aku nak bagitahu kat korang semua pasal satu perkara yang paling menyeronokkan hati aku yang dah lama merindui someone! '' Mak ayah aku dah balik laa.Yehaaaaaa!! '' hati aku menjerit meminta tolong sebab jantung hati dia dah balik dah! So,sebagai anak yang soleh plus baik hati plus rajin *walaupun paling susah nak tolong kakak time mak ayah takde* Itulah perangai anak bongsu kot mak ayah selalu lebihkan dia. Tapi aku bukan anak bongsu sebab hakikatnya aku ade adik =) Tapi kenapa ada jugak sedikit sepaut secebis tempiasan perangai anak boncu ni melekat lekit kat badan aku? Hmmmmm...


Inilah gambaran anak bukan bongsu yang berlekatkan perangai bongcu yang sedang melepaskan rindu kepada orang tersayang dengan menceriakann diri sendiri kerana mendapat banyak Ole-ole dari tanah suci walaupun bukan yang paling banyak -,-'' (Kisah Manusia Bernama Amirol Najmi Ke Ni?)

Okeyh! Sambung kepada cerita sebenar yang masih hangat..

Sebenarnya aku sebagai anak mestilah serba sedikit serba sebanyak kan tahu pasal kenangan diorang kat Bumi Tanah yang suci tu. That's why aku nak bukak seluas luasnya minda aku nak cerita kat korang semua pengalaman diorang yang aku sempat duk masukkan dalam memori time diorang duk bersemangat cerita at member-member yang datang ghumah aku. Sebenarnya takdelah banyak sangat yang aku tahu. Cuma sebisan jelaa sebab tak sempat nk ingat semua dan curahkan segala perasaan kagum plus excited kat blog ni. 


Yang aku tahu dan yang aku fikir laa,, semua yang pergi mekkah mesti akan ambik gambar dari susudt sebegini kan? Memang nampak lebih kemas dan kenangan yang akan berputik lebih indah. Tengok lah parents aku.. Tengah-tengah tu kelihatan agak jelas kaabah kan? Nampak? Lebih sesuai kerana kaabah yang melambangkan identiti mekkah dan tempat umat islam mengerjakan ibadah haji seperti tawaf. Kat sinilah tempat kita akan duk tawaf kan. Kalau korang tak nampak jugak bertimbun orang kat kaabah tu macam semut tu. Aku tak tahulah nak kata apa kalau korang tak nampak lagi =)

Yang aku ada ingatlah. Ayah aku ada cerita yang rakyat Malaysia yang pergi ke sana tak selalu pergi ramai-ramai or pergi berjemaah. Cth : Ayah aku nak pergi solat zohor kat Masjid berdekatan. Mak aku tak larat nak pergi sebab demam ringan. Then, Ayah aku terpaksa pergi sorang-sorang tau tak berteman. Memang lah normal kan sebab orang lelaki takkan nak sentiasa berteman. 

Tapi kalau kita duk fikir kan. Tak logik yang pergi haji bukannya sorang dua orang Malaysia. Beratus-ratus gak kan? Duk kat pertempatan sama. Mungkin sekali dua je duk pergi berkelompok. Ayah aku cerita lah. Masing-masing buat hal masing-masing jee.. Tak patutlah kalau difikirkan balik. Memang tak menjadi satu kesilapan langsung tapi cuba fikir logik sikit sebab kita ni kat berukhwah =)


Time ni haji wa hajjah semua kat bukit thur. Aku pun tak tahu apa mereka buat kat sana sebab aku masih kurang ilmu bab haji haji ni. Yang aku belajar pun bab-bab rukun haji. Tak tahulah buat apa kat tempat ni tapi yang memang sure lah. Berdoa. Semua tempat yang kita kunjungi elok untuk berdoa. Makam nabi. Kat kaabah. Masjidil haram. Kat Madinah. And alls lah!

Baru aku teringat. Yang selipar mak aku ada hilang masa tawaf sebab ada orang pijak. ''Dah tu kenapa tak ambik semula'' Tengkorak kau! Mana lah boleh ambik kalau dah tengah tawaf. Namanya ramai orang duk berpusu-pusu tengah mengelilingi kaabah tu. Kalau kita nak ambik, mereka semua duk pijak je kepala kita ni tau. 

So, mak ayah aku cakap, Kalau kat sana ikut keadaannya. Jangan terlalu berlembut sangat sampai kita yang terpinggir. '' Mak cik,pergi lah dulu.Takpe,kesian kat mak cik '' Kalaulah korang terlalu kasihan kat orang lain. Mampuih hang kat sana nak kerjakan ibadah haji. Tapi ingat! Jangan terlalu kasar ''Tak kira! Aku datang sini nak buat ibadah, kalau terlanggar.Lantaklah!'' jangan lah biadap sangat sampai macam sengaja jee nak buat orang lain merana. Mesti berpada-pada. Jangan terlalu kasar dan jangan terlalu berlembut. Please take-a-note! *Alahai, macam nak pergi khursus haji la pulak* Ustaz Amirol*


Wah-wah-wah! Dalam banyak-banyak gambar. This picture lah yang paling I suka tengok sebab ada gambar unta bersama bungaan di tambah pulak dengan papa I yang hensem tu. Kalau mama I ada sekali mesti bertambah seri gambar ini. *Menggedik tak tentu pasal*

For uolls information lah, harga sekali naik untuk unta ni dalam RM100.00. Wow! Terkejuzz aku mendengar  papa aku duk kasitau itu punya harga. One more, ambik gambar dengan pakaian ala-ala arab. Dengan jubah,kopiah dan lilitan sekali lah. Yang tu pun mahal gak but i lupalah berapa harga nya. Papa aku pesan supaya jangan bazirkan dui untuk itu semua. sebab mahal bebenar. 

Kalaulah hang ni anak jutawan or memang jutawan. Bolehlah naik unta ni. Murah je kot. Namanya jutawan kan, tak habis duit tu nak pakai kat dunia ni. Nak bawak ke dalam kubur tak boleh. Indah nya kalau boleh gune duit untuk kebaikan





Nak sambung citer pulak ni. Pasal makanan sebab I lub sangat-sangat makanan tak kira di mana jua saya berada! Macam dalam iklan lah pulak aku duk membebel ni. Makanan kat sana, adooooiyai. Tak tahu nak cakap macam mana. So amazing! Semua macam dah tau kenapa kan? Tak perlu cerita lah sal kurma, buah tin,buah zaiton, or air zam-zam kan? Satu sebab je! Sebab sebab sebab... Asli..! Yeah! Sebab makanan nya semua asli dari tanah suci tuh. Kekacang nya sangat nyummy! Tak abish perut duk merajinkan gigi untuk mengunyah kekacang asli ni. 

Cenderahati pun apa kurangnya. Sangat menarik tau, nak-nak jubah. Tak kiralah jubah lelaki or jubah perempuan. Semuanya cantik plus bergaya untuk di pakai but ingat lah kita pakai tu bukan untuk berfesyen semata-mata tapi lilahitaala kerana Allah, nak ikut sunnah nabi kan. Tasbih,sejadah,kopiah and alls lah! Just one word A.M.A.Z.I.N.G.


Indahkan permandangannya. Teringin pulak nak pergi sekarang. Time duk tengok gambar-gambar ni semua. In Sha Allah, kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki bersama iman yang teguh disaluti ilmu yang cukup kita semua akan melangkah naik kapal terbang menuju ke tempat kiblat kita selama ini. Amin. Dengan itu tamatlah khusus haji kita untuk kali ini. Ececece~ Jangan lupa ambil sedikit sebanyak ilmu untuk dibawa beramal daripada blog yang tak seberapa ini. Wassalam

Thanks for reading this entry







17 comments:

  1. bunda mmg suka mkn kurma tak kira bln puasa ke tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurma banyak khasiatnya.. good for ur mind =)

      Delete
  2. wah. dah tukar header blog dik? hehe. smart. alhamdulillah parents pulang. apepun pasni rajin2 tolong parents kat umah, nak2 masa cuti sekolah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. header tu kawan baik saya tau. dye memang smart pown! Alhamdulilah, insyaAllah =)

      Delete
    2. 2014 nanti kiterong jumpe =)

      Delete
    3. owh. awat 2014. hehe. bila nak update ni dik? hehe

      Delete
    4. InsyaAllah 2014,, sambung belaja *berangan

      Delete
  3. alhamdulillah...
    teringin rase nyeee ke same

    ReplyDelete
  4. excited llaaaa ka..aku pn same cm ko..mase ayah n umi aku balik mse bru blik haji(form 2)..aku laa yang nangis sesakan walaupun anak sulung..hihi thee~!~

    tbung haji kate lg 20 tn aku dpt pegi haji.. in shaa Allah.. nak pegi ade keng kawan sesama..hope to see u to... =)

    .............>amina

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Ada peluang dan rezeki,, kita semua boleh ke sana.. Amin!

      Delete
  5. Anonymous12/18/2012

    wowowow ! rumah awak ke tuu ? Comeyyyy ! Kemas je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana mana mana?? Tu masjid kat dungun lah! OTW pulang dri kelantan ari tu lah.. HUHU :)

      Delete
  6. panjang lebar..aku suka gambar makanan tu..sebab
    ada kurma..feberet pulak..apepun thanks sebab join
    segmen jeritpekik..

    ReplyDelete

Thanks everyone. May God Bless You!

-Myrol Najmy