27 October 2012

My Life : Salam Pengorbanan

Rindu Sahabat Aku.
Hai Semua.Pada hakikatnya,aku tak tahu nak memulakan bicara dengan ayat power yang boleh korang suke,bukan ketawa tapi seronok sebab boleh baca entry aku ni. Kalau ayat tak sedap terus tekan tanda pangkah kat atas tu kan. Aku pernah buat macam tu,sebab nampak sangat ayat cam hentam giler,tulisan besar kecik-besar kecik,shot giler pulak tuh. Marah ni-marah ni. Siapa kau nak marah orang huh?! OK

Berlanjutan & Berterusan dengan entry aku hari ni, Perngorbanan pada hari raya haji ni memang terserlah sebab aku tengah merasai nya pun. Kakak aku,abang aku,parents aku,aku sendiri yang merasai nya tau. Faham-faham jelah kan, Raya korban ni pun musim Haji gak kan? Tak faham lagi ke? Haish! Ok straight to the point jelah! Mak Ayah aku pergi haji tahun ni. ''Wah,Untunglah!'' Alhamdulillah, rezki beliau daripada Allah taala. Moga-moga beliau memperolehi haji mabrur. Amin~

OK. Pengorbanan yang aku nak ceritakan kat korang semua ni tentang suasana kehidupan masalah semasa parents kita takde, Maybe korang pikir " Alah! Pergi haji je pon " tapi kalau korang dah rasa berpengalaman, korang akan tahu kan? tapi bagi yang dah bekerja bersuami tu maybe lain sikit. Ya, aku akui semua siblings aku dah besar kesemuanya. Tapi sometimes and everytimes kita buat sesuatu tu dengan parents kan? Nak masak, Mak mesti ada.kadang tu kita tolong. *rindu masakan ma* *btw, kakaq aku best jugak resepinya* Kalau nak solat jumaat, mesti ada abah aku. *rindu dengar suara beliau seru-seru suruh cepat*. 

Pengorbanan seorang kakak kan. Jaga makan minum adik nya. Wah! hebat betul kakak aku ni. wee~ Bangga-bangga. Perngorbanan abang kan. Jaga keselamatan, pergi kedai . Cewah! bagos betul abang aku ni. ngee~ Aku? Perngoranan adik ? Malas nak ceritakan. Maluww! Maluww! weee~ Yang pasti la kan. kiteorang memang bergantung antara satu sama lain. kalau tak memang tak kan hidup punya. Seriously.! Contoh yang aku berikan kat sini, kakak aku nak masak, aku & abang aku kene pergi kedai beli barang. tak gitu? nampak tak kesinambungannya. Kalau tak nampak pergi tanya orang yang lebih baik bahasa melayu nya. wee~

Pengorbanan parents aku pulak, terpaksa tinggalkan rumah anak-anak kerja kampung halaman & all sebab nak tunaikan perintah Allah, rukun islam yang ke -5. menunaikan haji di baitullah kan? banyak mende yang diorang pikirkan pasal kami adik beradik sebelum berangkat tau. Aku rasa sedih sangat sebab tak dapat hantar beliau kat airport. sebab ada exam. takpe mesti ada hikmah punya. aku redha je. baik kan aku? jangan jelous tau. hehe

PENGALAMAN RAYA HAJI TANPA PARENTS

Aku nak cerita ceritut kat korang sikit ni. nampak jekan tajuk kat atas ni. Korang pernah rasa tak? Kalau pernah sebab apa? sama macam aku or lain-lain? 

First day :

Aku pergi solat raya kat rumah sepupu aku belah abah bersama abang aku menunggang lembu. Opss, motor. So kakak aku terpaksa korbankan sebab tak muat nak naik tiga orang. Dalam beberapa minit aku sampai lar kat rumah sepupu aku tu. Agak jauh jugak lah. Solat & dengar khutbah yang sepupu aku sampaikan dekat surau beliau. Aku buat apa? tersenguk-senguk sekali dua je. Letih naik motor kot. tersipu maluww nak cerita ni. Maaflah saya mungkin tak layak jadi imam awak ""berfeeling pulak malam buta ni"" Lepas tu aku makan-makan pagi. Then,sembelih lembu, terasa pulak sebab biasa tengok abah aku ada jugak duk lapah daging-daging tu, dengar jugak suara mak aku duk menjerit mintak tolong. Hmmm.. Pengorbanan kan?

Lepas tu bawak balik sedikit lauk pauk untuk kakak aku yang kelaparan tu. Maybe kot. Lepas kami makan-makan usai solat jumaat, baliklah ke kediaman parents aku semula. Jalani kehidupan seperti hari-hari lepas. *facebooking,blogging,singing,dancing, not studying* teruk betul la kau ni kan '' exam around de corner tapi kau buat tak tahu macam tak da pape akan berlaku kan? Anak ma ngan abah yang degil kot. =(

Second day :

Aku pergi rumah kawan mak aku. dekat jugak lah. kali ini abang aku yang duk rumah,jaga rumah sesorang pulak walhal dia tak nak pergi kan. Aku sure nak ikut. kaki melancong kan. macam mak dye kot. wee~ Pergi dengan kereta kawan mak aku yang lain. beliau yang ajak sebenarnya, bersms ngn kakak aku. Alang-alang tu aku ikut sekali lar. bermakan-makan, membuncitkan perut walaupun aku memang tak kan gemok untuk masa ni lah. Nanti aku tak tahu. Kering macam sekarang or gemok macam Zoey or gedembak macam gajah. =)

Lepas tu balik, Jalani kehidupan seperti biasa. Masa cuti sekolah siapa tak tahu manusia buat apa walhal nak exam kan? Matilah kau nak tulis apa atas kertas biology 2 tu nanti. BoOoo! 

Aku rasa dah cukup untuk entry kali ni. Sekian, thanks for reading this entry <3

Salam Pengorbanan & Salam Aidil Adha =)



11 comments:

  1. Haha.. Njmi, nk ole2 dri mkah naty..hehe

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. Kalau ada yang lebih,,terperak lama kat umah ni.. :)

    ReplyDelete
  3. tu le gunenya adik beradik..tolong menolong..slg melengkapi..ye dak?xD..

    ReplyDelete

  4. Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
    nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete

  5. Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
    nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete
  6. sebagai seorang anak, ni satu pengorbanan juga..untuk ibu bapa..sepeninggalan ibu menyahut panggilan kaabah..anak2 tinggal dengan rukun damai, bekerjasama antara satu sama lain, jaga maruah diri dan ibu bapa..semua pengorbanan itu insyaAllah akan dapat ganjarannya..good luck, jadi anak yang solleh..

    ReplyDelete
  7. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete
  8. http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/11/segmen-doodle-princess-by-aisyahazirah.html

    ReplyDelete
  9. tak apa dik sekali sekala. dulu masa mak ayah gi haji, raya pun tanpa mereka.

    ReplyDelete

Thanks everyone. May God Bless You!

-Myrol Najmy